Saturday, January 7, 2012

Menunggu suntikan maut




Dari luar kurungan itu dilihat setiap sangkar diletakkan due hingga tiga ekor kucing-kucing jalanan yang telah ditangkap sekitar bandar raya Kuala Lumpur di hantar ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bunyi kucing mengiau-ngiau jelas kedengaran.
Kucing-kucing jalanan itu meronta-ronta meminta dilepaskan.Ada yang menggigit besi,memanjat dan menguit-nguit kaki dan tangan seolah-olah minta dikasihani.

Terlihat seekor kucing yang berwarna kelabu yang asyik memerhatikan gerak-geri saya dari tadi bulunya sunguh lembut dan sangat comel.
Saya berasa hairan, kenapa orang sanggup membuang kucing yang comel dan jinak sebegini...
Wajah2 kucing merenung tajam meminta belas kasihan untuk dibebaskan sangat mengharukan.. Pusat ini ibarat destinasi terakhir sang kucing jalanan ini...

Lihatlah mata kucing yang bersinar jernih ini yang mengharapkan seorang insan datang membelai..menepuk-nepuk dan mengusap-usap kepalanya..
kehidupan kucing2 ini seharusnya hidup bersama kita, manusia yang dianugrahkan akal fikiran.. kucing-kucing jalanan ini cuma ingin menumpang kehidupan kita.. dan kita sebagai seorang manusia.. haruslah melindungi kucing2 yang terbiar tiada tempat tinggal ini..

Sungguh sadis...tidak terdetik kah perasaan simpati dan kasihan dalam diri melihat kucing yang comel ini ditangkap dan dikurung disini menanti detik2 terakhir mereka...
mengapakah ramai yang sanggup membuang,menghumbang kucing-kucing ini ke pasar,tepi jalan , longkang tanpa simpati??

tidakkah terlintas dalam akal fikiran anda apa yang bakal terjadi pada kucing2 yang comel ini? bayangkan lah sekiranya kucing-kucing ini dibuang.. papa waktu malam dimanakah kucing ini hendak mencari tempat perlindungan dlm kesejukkan?
sekiranya hujan...sudah tentulah kucing2 ini akan basah kuyup..

Tetapi.. kucing-kucing ini terpaksa ditangkap dan dikurung supaya tidak mengotorkan tempat awam, menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan...tidak hairan lah sekiranya kucing2 yang berada dikurungan ini berada dalam keadaan yg kotor sehingga ada yang terkena penyakit kurap..

Dimanakah nilai kemanusiaan kita ini yang hidup di rumah banglo serba mewah...kereta mewah dan dunia siber yang serba canggih ini?
Masihkah ada sinar harapan untuk kucing-kucing jalanan ini..?

Pekerja-pekerja india di pusat ini  mencuci najis di setiap kurungan..juga sudah diisi makanan pada bekas2 untuk santapan kucing-kucing jalanan ini..
Berebut-rebut kucing ini melahap makanan. Dalam sekelip mata makanan ini dihabiskan...ya...kucing-kucing ini kelaparan!

Selesai makan..kucing-kucing jalanan ini menjilat bulu, kaki dan tangan..merapi diri masing-masing.. tapi ini semua hanya sementara.. apakah nasib kucing-kucing comel ini?
kucing-kucing terbiar ini diberi makanan sebanyak 2 kali sehari..iaitu pagi dan petang..kucing2 ini akan dikurung selama seminggu sahaja..dalam tempoh semnggu ini juga.. pihak DBKL akan memberitahu kepada orang ramai yang berminat dalam web di internent supaya datang membeli kucing-kucing di pusat kurungan haiwan DBKL dengan harga RM15 seekor.

Selepas seminggu,jika tiada sesiapa yang datang membeli..pihak DBKL akan melupuskan dengan cara menyuntik racun pentobarbital.
Tidak dapat dibayangkan apabila kucing-kucing comel ini yang tidak ada pembelinya dibawa ke katik PVC hitam.Seorang doktor haiwan tanpa berlengah memasukan cecair 'pentorbarbital' ke dalam jarum suntikan dan jarum itu ditusuk ke bahagian kaki hadapan kucing itu..seekor demi seekor kucing-kucing dikeluarkan dari sangkar dan disuntik. Gelagat riang dan lincah kucing-kucing sebelum ini mula menghilang.

"meowww....." itulah ngiauan terakhir setelah jarum ditusuk...ngiauan terakhir kucing-kucing comel itu seakan-akan mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja-pekerja di Pusat itu yang selama ini menjaga dan memberi makanan secara percuma kepadanya,,
Badan kucing-kucing yang telah disuntik cecair 'pentobarbital' mula kelihatan lemah..selang beberapa saat...matanya yang dulu bersinar kini semakin terpejam...

Gerak badan kucing comel itu sudah mula lemah dan tidak bergerak langsung..nyawa kucing itu sudah berakhir...
Jasad-jasad kucing jalanan ini akan ditanam di suatu kawasan yang dikhaskan berhampiran pusat kurungan berkenaan. Begitulah nasib si kucing jalanan.

mengapa bangsa kita yang terkenal dengan sifat pemurah dan penyayang tidak lagi sayang kepada kucing, yang menjadi kesayangan Nabi Muhammad s.a.w..BILA LAH RAKYAT MALAYSIA NAK INSAF~ INSAFLAH~ WAHAI MANUSIA~ !!! KAMU NI MANUSIA JANGANLAH HILANGKAN SIFAT KEMANUSIAAN.. CAT'S HEAVEN MEMANG MARAH SANGAT DENGAN ORANG2 YANG BUANG KUCING... SENANG2 JE NAK BUANG KAT RESTORAN.. INGAT RESTORAN NI TEMPAT PEMBUANGAN KUCING KE? EE MAKAN JE TAHU .. MACAM SI POPEYE TU.. DA BERAPE EKOR KUCING KTORANG YG DIBUANGNYA.. HARAP-HARAP TAK LAH TERJEBAK DENGAN SUNTIKAN MAUT~

Jika DBKL boleh bina taman burung,taman rama-rama dan bermacam-macam jenis taman..apa salahnya sekirannya mewujudkan taman-taman kucing..sekiranya taman kucing diwujudkan..ramai yang berminat untuk melihat dan menatap pelbagai jenis kucing yang dilepas bebas menempatkan segala kucing di seluruh dunia termasuk kucing-kucing jalanan yang menanti maut tadi.

Cat's heaven suka sangat idea penulis ni yang mengsyorkan kerajaan membuat taman kucing...
bukan manusie ajee yg perlukan kehidupan... 
:: Hasil olahan dari petikan artikal dalam Mastika keluaran Januari 2012

Kita tunggu komen PM kite... :)

4 comments:

  1. Tidak perlu kita tunggu sesiapa untuk kita ambil tindakan. Budaya tunggu menunggu inilah yang menjadikan kita suka menunding jari sesama kita. Jika betul idea rumah kucing bernas, terus buat, terus ambil inisiatif, mulakan langkah pertama. Apabila yang lain nampak inisiatif kita, hati mereka akan tergerak untuk membantu niat murni kita. Contoh yang terbaik ialah Jamil Kucing Bukit Bintang.

    ReplyDelete
  2. So well said.

    Tapi kalau taman kucing, kesian jugak kalau asyik jer dikurang.

    Saya ingin sangat melihat ladang kucing di mana kucing2 boleh berlari-lari dan bersantai setiap hari.

    ReplyDelete
  3. speechless...

    1.....kalu semua org syg kucing tentu tak jadi mcm ni...
    2.....kalu harga nk mandulkan kucing RM2 kan elok.
    3.....kalu ade CATLAND best... ade tanah 3/4 hektar, penuh padang rumput...ade cat grass park, ade sand litter park, ade fountain sbelahnye ade rock garden, ade pokok2 saka tinggi... keliling ade pokok pain... ade wood bar....ade hotel... ade grooming spa... ade vet post... ada mum's cabin, ade bed tiers....

    ReplyDelete
  4. Salam Liss,

    Terima kasih diatas info ni. Sambil kami membaca blog Liss ni kami menitiskan air mata kerana mengenangkan nasib si comel yang tidak berdosa ini. Kenapa manusia yang diberi akal tidak menggunakan sebaik mungkin supaya menyelamatkan kucing-kucing jalanan ini? Kenapa kerajaan yang ada tidak memberi menyediakan pusat atau taman kucing dan dilepaskan kucing tersebut dikawasan yang telah disediakn....kenapa? kenapa? kenapa? tidak berfikir sebegitu sekali? Adakah kerana semata-mata duit yang boleh mengaburi mereka ini? Kalau lah kami diberi peluang mempunyai tanah, kami akan buat taman kucing untuk kucing-kucing jalanan ini supaya mereka hidup seperti kita....

    BTW kami dah follow blog Liss, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye.. :-) TQ

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    ReplyDelete